Wednesday, May 1, 2013

TARIAN SUMAZAU

Tarian Sumazau ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan diseluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnyamemenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucapkesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untukmenolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazauadalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menariberhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki denganlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikutirama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannyaturun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikansemasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.

No comments:

Post a Comment