Wednesday, May 1, 2013

TARIAN LIMBAI


Tarian ini adalah sejenis tarian asli masyarakat suku Bajau. Tarian Limbai ditarikan ketikamenyambut ketibaan pengantin lelaki yang diarak ke rumah pengantin perempuan. Sebaiksahaja rombongan pengantin sampai, perarakan dihentikan sementara, lalu tarian Limbaidipersembahkan di hadapan pengantin. 
Ia merupakan upacara khas sebagai isyaratmenjemput pengantin naik ke rumah untuk melakukan istiadat ijab qabulyakni pernikahan. Irama dan bahasa tarian mengiringi anggota-anggotarombongan pengantin naik ke rumah. Penari-penari melambai-lambaikan selendang mereka sebagai lambang mengundang danmengucapkan selamat datang.

TARIAN SUMAZAU

Tarian Sumazau ini merupakan sejenis tarian tradisi rakyat Sabah yang amat terkenal di Sabah dan diseluruh Malaysia. Ia merupakan tarian tradisi suku kaum Kadazandusun. Tarian ritualnyamemenuhi pelbagai fungsi seperti tarian sumazau yang ditarikan untuk mengucapkesyukuran yang berkaitan dengan kegiatan menanam dan menuai padi dan juga untukmenolak bala, menyemah semangat, dan mengubati penyakit. Gerak dan irama tari Sumazauadalah perlahan-lahan dan lemah lembut. Pasangan penari lelaki dan wanita menariberhadap hadapan dan mereka menggerak-gerakkan kaki denganlangkah kecil, sementara tumit kaki diangkat dan diturunkan mengikutirama lagu. Ketika menari tangan dikepakkan keluar, gerakannyaturun naik seperti burung terbang. Biasanya Sumazau ditarikansemasa menyambut hari keramaian dan di majlis jamuan.

TARIAN MAK YONG




Tarian mak yong merupakan sejenis tarian Melayu tradisional.
Drama Tarian Mak Yong ini merupakan sebagai suatu bentuk drama-tari Melayu yang menggabungkan unsur-unsur ritual, lakonan dan tarian yang digayakan, muzik vokal, lagu, cerita dan teks percakapan yang formal dan bersahaja.


Dicipta untuk hiburan kerabat di Raja khususnya dari golongan Selatan Thailand, tarian ini juga menggabungkan drama romantis, tarian dan nyayian dengan gaya menawan yang mengisahkan zaman kegemilangan kesultanan melayu.
 Sesuai dipersembahkan selepas orang-orang kampung selesai menuai padi dibendang.

TARIAN SINGA



Tarian Singa
( bahasa Cina:
舞獅; pinyin: wǔshī) adalah sebahagian daripada tarian tradisional dalam adat warisan masyarakat Cina, yang mana penari akan meniru pergerakan singa dengan menggunakan kostum singa. Kostum singa itu dimainkan oleh dua penari iaitu seorang memainkan di bahagian hadapan dengan menggerakan kepala kostum, manakala pasangan penariakan memainkan bahagian belakang kostum singa tersebut. Kedua-dua penari itu akan bergerak seakan-akan singa di atas pentas yang disediakan. Tarian singa iniakan diiringi oleh gong,dram, dandentuman mercunyang dikatakan akanmembawa tuah.

Sejarah singa dianggap sebagai pelindung dalam kebanyakan adat orangAsia, terutamanya bagi mereka yang berketurunan orang Cina. Tarian singa menjadi adat dinegara China, Taiwan, Jepun, Korea, Thailand,  dan Vietnam. Setiap negara tersebut mempunyai corak dan bentuk tarian yang berbeza.Namun tarian ini lebih terkenal sebagai warisan orang Cina, kerana dikatakan sejarahnya bermula lebih 1,000 tahun lalu. Dua tarian singa yang amat popular ialah "Tarian Singa Utara" dan "Tarian Singa Selatan". 
Tarian Singa Utara adalah berasal dari bahagian utara China yang menggunakan tarian ini sebagai hiburan diraja. Kostum singa mereka menggunakan warna merah, jingga dan kuning (hijau bagi kostum singa betina). 
Tarian Singa Utara adalah lebih banyak pergerakan akrobatik dan bertujuan sebagai hiburan. 
Tarian Singa Selatan lebih membawa perlambangan alam sekitar. Tarian ini selalu di persembahkan sebagai istiadat upacara membuang semangat jahat dan upacara meminta tuah. Tarian Singa Selatan menggunakan pelbagai warna dan kepala kostum mempunyai mata yang lebih besar dari pada Singa Utara, dan mempunyai cermin serta sebatang tanduk di hadapan kepalanya.